Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sebuah video tular di media sosial, memaparkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun kelihatan tenang sambil memegang senjata tajam selepas dipercayai menikam rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, semalam.
Video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan suspek yang memakai sarung tangan hitam sambil minum air seolah-olah tiada apa-apa berlaku.
Tindakan bersahaja remaja terbabit mencetuskan pelbagai reaksi dengan rata-rata terkejut dan tidak menyangka kejadian tragis itu berlaku di kawasan sekolah.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut akibat ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Bandar Utama, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, mangsa ditemui berlumuran darah di kawasan tandas sekolah akibat kecederaan parah dengan beberapa kesan tikaman pada badan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, pihaknya kemudian menahan seorang remaja lelaki selain merampas dua senjata tajam di lokasi kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINEKO
The post ‘Macam tiada apa yang berlaku’ appeared first on Kosmo Digital.