Auto Added by WPeMatico
agongDeepavaliHinduindiaNegaraperayaanRaja Permaisuri AgongselamatSultan Ibrahim Sultan Iskandarucap
Agong, Permaisuri ucap selamat hari Deepavali

![]()
PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu di Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan doa semoga perayaan Deepavali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.
Perayaan Deepavali, yang turut dikenali sebagai ‘Pesta Cahaya’, akan disambut penganut agama Hindu di seluruh negara esok.- KOSMO! ONLINE
The post Agong, Permaisuri ucap selamat hari Deepavali appeared first on Kosmo Digital.