Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Satu insiden keselamatan berlaku kelmarin melibatkan monarki Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida bersama ahli keluarga diraja di Dataran Diraja Istana Dusit, Bangkok, lapor halaman Imperial Material di platform X.
Seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit mental berlari ke arah keluarga diraja kerana terlalu gembira dan ingin menunjukkan perasaan kasih sayang.
Lelaki itu berkata, dia terlalu teruja apabila melihat Raja Maha Vajiralongkorn dan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.
Raja Vajiralongkorn melarang pengawal-pengawal istana daripada mengasari lelaki berkenaan
Baginda sebaliknya meminta Permaisuri pergi bertanya sendiri kepada lelaki itu tentang niatnya.
Permaisuri kemudian melaporkan kepada Raja Vajiralongkorn bahawa tiada sesiapa daripada keluarga diraja atau orang awam cedera dalam kejadian tersebut.
Permaisuri Suthida turut berbual dengan lelaki itu dikenali sebagai Boonhan Raksasa yang berulang kali memohon maaf atas gangguan yang berlaku.
Rakaman video menunjukkan seorang pengawal diraja bertindak pantas keluar dari barisan tanpa teragak-agak untuk menghentikan perbuatan lelaki tersebut. – AGENSI
The post Lelaki dipercayai sakit mental meluru ke arah keluarga diraja Thailand appeared first on Kosmo Digital.