Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Lebih 1,000 penduduk Kampung Jerek, di sini semalam, sanggup beratur panjang untuk membeli barangan keperluan asas menerusi Program Jualan Rahmah Madani.
Seorang penduduk Kampung Mahligai, Dabong, Nor Suhana Mohd. Ibrahim, 36, berkata, dia tidak kisah beratur panjang kerana harga barangan ditawarkan lebih rendah berbanding pasaran.
“Alhamdulillah, berbaloi membeli barangan keperluan di Jualan Rahmah apabila banyak perbezaan harga dengan kedai biasa.
“Kami harap kerajaan mengadakan Jualan Rahmah secara kerap untuk kami menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).
“Kebiasaannya, saya membeli barangan makanan asas yang penting seperti beras, telur dan bihun,” katanya di Dewan Orang Ramai Kampung Jerek di sini semalam.
Zawahir Mat, 57, berkata, dia sentiasa menunggu Jualan Rahmah diadakan di kawasan kampung kerana boleh menjimatkan perbelanjaan dapur.
Menurutnya, harga barangan dijual di kawasan kedai runcit biasa lebih mahal berbanding di kawasan bandar kerana kebanyakan peniaga perlu menanggung kos bahan api untuk mengambil bekalan barangan.
Pemilik kedai SMS Maju Solution, Sabariah Mohamed Sayuti berkata, orang ramai mula menyerbu pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Jerek seawal pukul 8.30 pagi.
Katanya, sebanyak 85 jenis barangan ditawarkan harga murah dengan penjimatan sehingga 30 peratus termasuk barangan basah.
The post Beratur panjang ingatkan beli iPhone appeared first on Kosmo Digital.