Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pelakon Que Haidar tidak menyangka video menyanyikan lagu Jamilah yang dimuatnaik dalam TikTok tular sehingga meraih ribuan komen dan menjadi ikutan ramai.
Menurut Que, 46, niat asalnya memuat naik video tersebut adalah sekadar mengisi kebosanan sebelum tidur tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
“Saya ketika itu mengantuk dan nak tidur. Hidup saya pula tak berapa meriah dan ‘scroll’ TikTok pada pukul 2 pagi kemudian nampak ada seorang lelaki ‘miming’ lagu Jamilah.
“Kemudian saya rasa lagu itu mengimbau zaman kanak-kanak saya dan terus rasa nak buat juga. Katil besar, tiada orang pula di sebelah, nak buat apa lagi? Jadi, kita hiburkan diri dengan lakukan video itu sebelum tidur,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan segmen 3 Pagi Era hari ini.
Ujarnya, sambutan daripada netizen terutama golongan wanita sangat mengejutkan sehingga tidak mampu untuk membalas setiap komen yang diterima sejak video tersebut dimuatnaik.
“Keesokan hari, mula-mula saya semangat juga nak tengok ‘like’ dan komen tetapi selepas itu sudah tidak larat sebab sudah beribu-ribu respon.
“Tapi saya tengok setiap video dan hargai apabila orang suka dan gembira. Video ‘simple’ sahaja tetapi buat orang seronok,” ujarnya.
Sehingga kini, video Jamilah tersebut meraih lebih 5.6 juta tontonan dan 9,000 komen serta 122,000 tanda suka.
Rata-rata netizen terhibur sehingga ramai wanita berseloroh mahu menukar nama kepada Jamilah. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Video hiburkan diri sebelum tidur, simple tapi orang seronok’ appeared first on Kosmo Digital.