Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Lop Buri hilang kaki kiri selepas sebutir grenad M79 meletup di rumahnya ketika dia cuba meleraikan objek tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Wuttichai Tathong, dikatakan cuba meleraikan bom tangan itu untuk menjual komponen tembaga.
Dalam kejadian kelmarin Wuttichai dikatakan menemui grenad itu di kawasan pergunungan terdekat ketika keluar mencari rebung.
Seorang jiran berkata, dia percaya Wuttichai cuba mengekstrak dan menjual komponen tembaga di dalam bom tersebut.
Dia diketahui kerap melakukan perkara serupa dengan bahan kitar semula yang lain.
Akibat letupan itu, kaki kiri Wuttichai putus, manakala kaki kanannya cedera parah. – AGENSI
The post Tidak sangka meletup, lelaki lerai bom tangan putus kaki appeared first on Kosmo Digital.