Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi hari ini mengakui kesilapannya dalam membuat gimik keterlaluan ketika mempromosikan Kejohanan Warzone World Championship (WWC) beberapa hari yang lalu.
Melalui satu klip video melalui laman sosial rasmi Yusuf Azmi, beliau mengakui kekhilafan pihaknya dan berjanji tidak akan melakukan perkara sedemikian selepas ini.
“Saya mohon maaf kepada semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan serta semua yang terliat dalam sukan kombst seperti ini.
“Saya tiada niat lain, tiada kesengajaan dalam promosi itu, ini pengalaman pihak saya menganjurkan kejohanan besar ini. Saya akui ini sekadar gimik semata-mata,” jelasnya dalam klip tersebut.
Tambah Yusuf lagi, teguran-teguran yang telah dibuat oleh orang berkepentingan dalam sukan ini akan diambil ikhtibar serta kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua atlet serta persatuan Muay Thai terutamanya kepada Alif Rakib, Afiq Masdor serta Johan Ghazali.
“Itu hanya gimik, tiada niat lain. Kami cuba untuk membuatkan kejohanan ini sebagai satu kejohanan yang terbaik,” katanya. -KOSMO! ONLINE.
The post [VIDEO] Akui hanya gimik, Yusuf Azmi mohon maaf appeared first on Kosmo Digital.