Auto Added by WPeMatico

SUBANG JAYA – Berwaspada dengan penggunaan gajet, penyanyi dan penyanyi Erra Fazira hanya memberikan akses penuh telefon bimbit kepada anaknya, Engku Aleesya selepas berusia 16 tahun dengan syarat tertentu.
Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, berkata, sebelum ini puteri tunggalnya itu tidak dibenarkan untuk memiliki alat komunikasi tersebut berikutan beberapa faktor.
“Memang Aleesya tidak ada telefon sebelum ini tetapi dia baru sahaja memperoleh pelepasan kerana sudah selesai peperiksaan.
“Kami sama-sama buat perjanjian bahawa dia boleh dapat gunakan telefon cuma dalam waktu tertentu sahaja.
“Kata laluan pula kena kongsikan dengan saya serta bapanya dengan syarat boleh kami akses pada bila-bila masa. Kalau buat salah atau langgar perjanjian, kami tarik balik telefon,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan peserta Kilauan Emas musim lapan (KE8), semalam.
Kata Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu, kaedah dipraktikkan antara langkah dia dan bekas suaminya, Engku Emran memantau aktiviti anak mereka.
“Itu cara kami memantau anak. Kami buat sebaik yang mungkin kerana sebagai ibu bapa tentu kita tidak mahu mereka lakukan perkara buruk.
“Era tanpa sempadan ini membolehkan ini kita terdedah kepada bermacam-macam maklumat. Sudah tentu cara tapis adalah menerusi pemantauan.
“Tetapi kadang-kadang, sebijak-bijak kita, bijak lagi anak. Jadi, kita buat sahaja mana yang terdaya dan selebihnya berdoa kepada Allah,” katanya.
Aleesya merupakan satu-satunya permata hati dengan Engku Emran namun mereka bercerai selepas tujuh tahun melayari perkahwinan.
Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abd. Halim pada 2003 yang hanya bertahan tiga tahun. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Janji dengan anak, dia boleh guna telefon waktu tertentu je’ appeared first on Kosmo Digital.