Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka akan memutuskan kehadirannya di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jemputan telah dihantar dan Putin ada menyatakan minat untuk hadir namun buat masa ini, secara rasminya hanya Timbalan Perdana Menteri Russia yang akan datang.
“Beliau memberitahu saya di Beijing bahawa beliau akan mempertimbangkannya secara serius (jemputan ke Sidang Kemuncak ASEAN) namun buat masa ini, beliau menghantar Timbalan Perdana Menteri (Russia).
“Kita akan tahu hari ini sama ada beliau akan datang,” katanya ringkas sewaktu menjawab soalan pemberita di Forum Ilmu PNB 2025 di sini, hari ini.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengesahkan akan melawat Malaysia.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selama tiga hari bermula 26 Oktober ini.
Polis akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara bermula 23 Oktober bagi membantu dan melancarkan aliran trafik. – KOSMO! ONLINE
The post Malaysia masih tunggu pengesahan Putin hadir ASEAN ke-47 appeared first on Kosmo Digital.