Auto Added by WPeMatico

PORT DICKSON – Polis telah menghantar kertas siasatan berhubung insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di sini ke Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) Negeri Sembilan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Mohd. Ruslan Mat Kib berkat berkata, pihaknya menunggu arahan lanjut daripada pejabat Timbalan Pendakwa Ray untuk tindakan selanjutnya.
“Hari ni kertas siasatan telah pun dibawa oleh pegawai penyiasat kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Port Dikson ke pejabat PPN Seremban.
“Sepanjang proses siasatan seramai empat orang termasuk individu yang memasang bendera dan gurub telah dipanggil bagi memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, lelaki yang memasang bendera tersebut dipercayai seorang lembam pembelajaran. – KOSMO! ONLINE
The post Kertas siasatan bendera terbalik di PD dihantar ke PPN appeared first on Kosmo Digital.