Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – ‘Lupa’ untuk memperbaharui cukai jalan dan perlindungan insurans tamat tempoh menjadi alasan lapuk yang diberikan pemilik yang juga golongan VIP selepas kereta mewah mereka disita, sejak Jun lalu.
Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, 38 kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM10 juta disita dalam Ops Luxury melibatkan pelbagai jenama termasuk sebuah Rolls Royce, Mercedes Benz (2), Porsche (2), Audi (3), Mini Cooper (3), Volkswagen (2), BMW (11), Toyota termasuk Alphard dan Vellfire (13) serta sebuah Greatwall.
“Tiga kenderaan yang mencatatkan jumlah cukai jalan tahunan tertinggi ialah Rolls Royce Ghost V12 (RM54,502), BMW 528i Limousine (RM2,120) dan Toyota Harrier (RM2,115).
“Kebanyakan pemilik memberikan alasan lupa dan ada di antara mereka tidak memperbaharui cukai jalan kenderaan sejak tahun 2023,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ negeri di sini, hari ini.
Katanya, kebanyakan kenderaan terbabit adalah untuk kegunaan sendiri, keluarga dan ada juga yang didaftarkan di bawah nama syarikat.
“Daripada keseluruhan rampasan ini, dianggarkan ketirisan hasil negara berjumlah RM77,400 akibat kegagalan pemilik membayar cukai jalan. Sesetengah turut pemandu tidak memiliki lesen,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Rolls Royce, Porsche milik VIP disita appeared first on Kosmo Digital.