Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing yang disyaki terlibat kes pukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Lorong 5, Kampung Pandan, di sini ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 12.01 tengah malam.
“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun didapati terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah serta luka di tapak tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini
Mohamad Lazim berkata, mangsa kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.33 pagi hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, polis berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” tambahnya.
Terdahulu, tular klip video pergaduhan sekumpulan individu bersenjata dipercayai berlaku di Kampung Pandan. – KOSMO! ONLINE
The post Dua warga asing ditahan pukul lelaki hingga maut appeared first on Kosmo Digital.