Auto Added by WPeMatico

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah meluluskan sebanyak 220 buah Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS) di seluruh negeri bagi tujuan pelaksanaan ibadah korban.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, jumlah itu menunjukkan pertambahan berbanding 204 PKSS pada tahun lalu.
Katanya, kebenaran yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar setelah ia mematuhi dan kriteria prosedur operasi standard yang ditetapkan.
“Pihak jabatan juga akan terus memantau perjalanan program korban ini dari semasa ke semasa bagi memastikan spesifikasi utama iaitu kebajikan haiwan dan keselamatan makanan dipatuhi.
“Pihak yang terbabit juga perlu memastikan kawalan pencemaran dan kebersihan persekitaran selepas proses penyembelihan dilakukan dapat dipatuhi,” katanya selepas melawat salah sebuah PKSS di Gelang Patah, di sini. – KOSMO! ONLINE
The post 220 PKSS lulus untuk ibadah korban appeared first on Kosmo Digital.