Auto Added by WPeMatico

![]()
HONG KONG – Seorang lelaki ditahan di Hong Kong selepas cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat dinaikinya terbang di udara, lapor laman berita South China Morning Post.
Polis menerima laporan daripada syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways sekitar pukul 4.45 pagi (waktu tempatan) semalam.
“Penumpang itu ditahan selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dari Boston pada pukul 5 pagi (waktu tempatan).
“Suspek merupakan seorang lelaki warga China berusia 20 tahun. Dia ditahan kerana didakwa melanggar Ordinan Keselamatan Penerbangan,” kata polis.
Cathay Pacific mengesahkan bahawa seorang penumpang cuba membuka pintu kecemasan dalam penerbangan CX811 yang berlepas dari Boston kelmarin.
“Kru segera menangani keadaan dengan memeriksa dan memastikan pintu ditutup sepenuhnya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa dan agensi berkaitan,” kata syarikat penerbangan itu. – AGENSI
The post Lelaki cuba buka pintu pesawat ditahan appeared first on Kosmo Digital.