Auto Added by WPeMatico

KUALA NERUS – Tular rakaman video memaparkan tindakan seorang individu menurunkan poster #JusticeForZara ketika berlangsungnya RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak di sini, semalam.
Video yang berdurasi 40 saat itu dikongsi dalam aplikasi media sosial dan menunjukkan individu berkenaan mengakui terpaksa berbuat demikian atas arahan pihak tertentu.
“Saya terpaksa turunkan poster #JusticeForZara atas arahan tertentu, ini benda yang sangat sensitif.
“Poster ini tidak boleh dipamerkan pada program ini, jadi saya mohon maaf semua. Nanti sama-sama kita naikkan balik. Apa pun #JusticeForZara,” katanya dalam video berkenaan.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati.
Seorang pengguna Facebook, Mohamad Hazrul mendakwa insiden itu menggambarkan banyak perkara tidak dapat dilakukan secara bebas di negara sendiri.
“Kita ni sudah macam negara luar, tak boleh nak buat apa dalam negara kita sendiri,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
The post RXZ Members 7.0: Turun poster #JusticeForZara cetus polemik appeared first on Kosmo Digital.