Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi menjadi bualan netizen apabila tarian bersama Bella Astillah sempena Pesta Kaamatan dilihat terlalu keras selain tiada lenggok, semalam.
Video yang dimuat naik di media sosial beliau itu memaparkan dirinya sedang asyik menghafal gerakan bagi tarian tradisional berkenaan sehingga orang ramai menyifatkannya terlalu ‘keras’.
“Dari petang sampai ke malam kena retake (ambil semula) banyak kali sebab saya kaku dan seperti robot.
“Nasib baik ada Bella di samping. Jadi, kuranglah ke”kaku”an itu,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sebelum ini, tular di media sosial klip yang menunjukkan Saddiq dan Bella ketika berlatih dan rakaman bagi tarian itu.
Difahamkan, ia merupakan permintaan daripada pelakon dan penyanyi jelita itu untuk Saddiq mempersembahkan tarian tersebut sempena Pesta Kaamatan yang diraikan warga Sabah dan Sarawak.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata orang ramai terhibur dengan tarian oleh Ahli Parlimen Muar tersebut.
“Memang betul kata orang, ada bakat yang perlu dipendamkan sahaja,” komen @AwanisOmma.
“Kesian Bella. Dia menari cantik dekat depan tu, tapi mata kita semua fokus kayu di belakang. Maafkan saya YB,” kata @Wawashauqi.
Dalam pada itu, meskipun ramai yang tergelak melihat aksi tarian Saddiq yang kali pertama mempelajari tarian tradisional itu, ramai juga yang memuji usaha beliau demi menghargai penyokongnya.
“Saya pun tak tahu nak nangis atau gelak tapi usaha YB tu saya respect (hormat). Pesanan buat Bella, jangan buli YB Syed Saddiq,” ujar @Buddy.
“Untuk permulaan, YB sudah buat yang terbaik. Tidak mengapa, kita tidak boleh samakan dengan Bella. Dia sudah puluhan tahun menari. Usaha YB mantap!” balas @FuziahUmairah. -KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Syed Saddiq menari macam kayu appeared first on Kosmo Digital.