Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Trend pekerjaan berorientasikan pejabat didakwa tidak lagi relevan ketika ini sehinggakan ramai mula berminat melakukan perusahaan sendiri demi menjamin waktu kerja secara fleksibel dan pendapatan yang memuaskan.
Bagaimanapun, melalui satu hantaran di laman TikTok milik @Muhammad Noor Zakaria, individu berkenaan berkongsi pandangan bahawa selagi mana pekerjaan tersebut halal, ia tidak sepatutnya menjadi buah mulut orang ramai.
Tambahnya lagi, setiap pekerjaan saling memerlukan antara satu sama lain dan tiada kepentingan untuk membandingkan setiap daripadanya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen.
“Sebenarnya mereka ‘bitter’ sebab mereka perlu kerja 24 jam,” kata @Nabila.
“Tak tahu kenapa orang yang ada perniagaan nak ‘bitter’ dengan pekerja 9-5?” Ujar @NqhJsh.
“Dia kutuk sebab nak jual produk dia,” komen @Agony – KOSMO! ONLINE
@dodosentosoOrang keje 9-5 ni hamba sistem.!!!
The post [VIDEO] ‘Dia kutuk sebab nak jual produk’ appeared first on Kosmo Digital.