Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Idea pertandingan menghias tandas mengikut warna rumah sukan di sebuah sekolah mencuri perhatian selepas video mengenainya tular di media sosial.
Menerusi klip video dikongsikan di TikTok oleh Norwati Yusuf, kelihatan setiap tandas dihias dan dicat mengikut tema serta warna rumah sukan masing-masing.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji inisiatif tersebut yang disifatkan lebih bermanfaat.
“Sukanya macam ini dari membazir kat khemah baik kekal di tandas. Tandas pun cantik! Idea yang bagus, cikgu,” kata seorang pengguna.
“Bagusnya, ‘rare’ (lain daripada yang lain) idea ni. Bajet untuk hiasan khemah digunakan untuk hias dan baik pulih tandas. Terbaik,” komen Fiz.
“Wah… sampaikan tahniah pada orang yang memberikan idea ini ye… berbaloi duit yang dilaburkan,” ujar Alizamarwa.
Setakat ini, hantaran tersebut meraih lebih 100,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Pertandingan ‘rare’ tandas rumah sukan appeared first on Kosmo Digital.