Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Penduduk di Surabaya, wilayah Jawa Timur terkejut apabila melihat beribu-ribu ikan timbul di permukaan sebatang sungai, lapor portal berita Detik.
Kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) di Sungai Jagir, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @juragan_pojok menunjukkan ikan-ikan itu berenang di permukaan air.
Orang ramai berpusu-pusu menangkap ikan tersebut, malah ada yang menggunakan jala.
Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Saud berkata, kemunculan ikan itu dipercayai berpunca daripada pembuangan bahan kimia atau sisa toksik.
“Ia mungkin disebabkan pembuangan bahan kimia tetapi saya tidak tahu jenis apa. Ikan-ikan tu mula mengembung, jadi saya sempat ambil lebih satu kilogram,” kata Saud. – AGENSI
The post Beribu-ribu ikan timbul di permukaan sungai appeared first on Kosmo Digital.