Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-56 kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Ucapan berkenaan dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Instagram rasmi Sultan Ibrahim, Official Sultan Ibrahim, hari ini.
“Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda,” tulis poster berkenaan.
Pada 29 September setiap tahun, Kelantan diisytiharkan sebagai cuti umum bagi meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan. – KOSMO! ONLINE
The post Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V appeared first on Kosmo Digital.