Auto Added by WPeMatico

![]()
KANGAR – Sebanyak 23 lokasi di seluruh Perlis sedang dikaji bagi menentukan kawasan yang layak untuk dinaik taraf sebagai pekan kecil di bawah Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2040.
Exco Kerajaan Tempatan, Asrul A’imran Abd. Jalil berkata, kajian berkenaan dilaksanakan menggunakan peruntukan RM50,000 bagi menilai potensi sebenar kawasan yang terlibat.
“Penilaian ini mengambil kira populasi penduduk, kepadatan, kemudahan asas serta kekuatan semasa di setiap lokasi.
“Asalnya, semua 23 lokasi ini memang sudah ada penempatan, namun belum tentu semuanya layak untuk diangkat sebagai pekan kecil,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Seri Putra.
Menurut beliau, kajian sepanjang tahun ini akan menentukan jumlah sebenar kawasan yang sesuai digazetkan untuk diangkat sebagai pekan kecil dalam RSN 2040.
Beliau berkata, kajian pekan kecil itu berbeza daripada lapan kawasan pekan baharu yang sudah ditetapkan di bawah strategi tanah negeri.
“Lapan pekan baharu itu memang sudah disahkan naik taraf daripada desa kepada pekan, dan memberi kesan langsung kepada kadar tanah di kawasan terlibat,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE.
The post 23 lokasi dikaji untuk naik taraf jadi pekan kecil appeared first on Kosmo Digital.