Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama pada petang ini dilaporkan bergerak perlahan berikutan cuaca hujan.
Menerusi laman sesawang Lembaga Lebuhraya (LLM), trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) masih terkawal secara keseluruhan, namun pergerakan kenderaan perlahan di beberapa lokasi termasuk dari Juru ke Plaza Tol Juru, Pandan ke Kempas dan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar.
“Selain itu, aliran trafik turut perlahan dari Kajang ke Bangi serta Kempas ke Pandan arah selatan,” lapor LLM.
Tambah LLM, keadaan sama juga berlaku membabitkan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari Putrajaya ke Putra Heights serta Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) di Puchong utama ke Puchong Intan dan sekitar Petaling Jaya.
Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dan laluan Country Heights ke Universiti Tenaga Nasional (Uniten). – KOSMO! ONLINE
The post Hujan renyai, trafik perlahan di lebuh raya utama appeared first on Kosmo Digital.