Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Rakyat Malaysia diseru mengingati perjuangan dan pengorbanan tokoh terdahulu yang meletakkan asas kemerdekaan dan pembentukan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sejarah perjuangan tidak wajar dipandang ringan kerana keberanian dan keikhlasan generasi lalu memungkinkan Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah.
“Perlu kita faham mengapa pimpinan pemikir leluhur bangsa merasakan lemas dan menolak keberadaan penguasa asing yang meragut kekayaan negara, memastikan sistem pemikiran dan jiwa rakyat dijajah.
“Negara inginkan kebebasan, kemerdekaan, menolak sistem penguasaan, penderaan dan penghinaan asing daripada kuasa politik kepada ekonomi, budaya, pendidikan dan sistem sosial semuanya,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA Arena, Butterworth, di sini, hari ini.
Sambutan yang dihadiri lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum itu turut disertai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib dan isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Menurut Anwar, kekayaan negara pernah dipunggah penjajah hingga membawa kepada keruntuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Beliau menegaskan, perpaduan berbilang kaum dan agama kini menjadi tunjang utama kekuatan negara.- KOSMO! ONLINE
The post Hargai perjuangan, pengorbanan tokoh lama – PM appeared first on Kosmo Digital.