Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Rundingan penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjanjian itu akan membuka ruang kepada negara untuk mempelbagaikan pasaran dalam mendepani isu tarif Amerika Syarikat (AS)
Jelas beliau, negara yang sehaluan dengan Malaysia dalam isu tarif AS malah sedang meneruskan perbincangan yang agresif termasuk asean ASEAN, China, Jepun dan serantau.
“Daya tahan ekonomi domestik dan keyakinan, kita tidak mudah terjebak dengan tekanan atau sesak dengan tantangan luar.
“Kita punyai angka dan data-data yang mampu dikendali dan dimanfaatkan dengan bijak dan kita harus yakin,” katanya pada sesi mesyuarat khas penerangan berkenaan isu tarif AS di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia dengan asas ekonomi yang kukuh mampu mendepani situasi itu.
Ujar beliau, ia melibatkan reformasi struktur yang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi Madani. – KOSMO! ONLINE
The post Penambahbaikan perjanjian FTA depani kesan tarif AS appeared first on Kosmo Digital.