Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar menyambut perayaan Deepavali dengan menyemai perpaduan, memperteguh semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.
Dalam perutusannya sempena sambutan Pesta Cahaya itu, beliau berkata Deepavali bukan sekadar perayaan keagamaan, tetapi juga lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan serta ilmu mengatasi kejahilan.
“Sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, marilah kita terus memupuk semangat saling menghormati dan memperkukuh persefahaman antara satu sama lain.
“Gunakan kesempatan ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan, dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Anwar, Deepavali wajar diraikan dengan rasa kesyukuran serta semangat kebangkitan pemikiran yang segar agar darjat dan kesejahteraan rakyat terus meningkat ke arah Malaysia lebih harmoni.
“Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu. Deepavali Nal Vazhtugal!,” ucap Anwar. – KOSMO! ONLINE
The post Sambut Deepavali dengan perpaduan, santuni yang memerlukan – PM appeared first on Kosmo Digital.