Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada Khamis ini.
Menerusi satu kenyataan, KPM berkata, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.
Jelas KPM, bagi calon persendirian, calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 mulai pukul 10 pagi pada 5 Februari (Khamis) sehingga pukul 6 petang pada 11 Februari (Rabu).
“Keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi melalui sistem pesanan ringkas untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” kata KPM.
Tambah kenyataan itu, sistem tersebut juga akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 5 Februari (Khamis) sehingga pukul 6 petang pada 11 Februari (Rabu).
Untuk rekod, seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 buah pusat peperiksaan seluruh negara.-KOSMO! ONLINE
The post Keputusan peperiksaan STAM dikeluarkan Khamis ini – KPM appeared first on Kosmo Digital.