Auto Added by WPeMatico

ALGIERS – Sekurang-kurangnya 18 orang maut, manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di timur Algeria, lapor akhbar The Sun UK.
Kemalangan berlaku di bandar El Harrach, daerah Mohammadia pada petang Jumaat lalu.
Bas itu melalui sebuah jambatan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam sungai Oued El Harrach.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital berhampiran dengan dua daripadanya cedera parah.
Seramai 18 orang dilaporkan lemas.
Penduduk tempatan dilaporkan terjun ke dalam sungai demi menyelamatkan mangsa sebelum anggota Pertahanan Awam tiba.
Kira-kira 25 ambulans, 16 penyelamat dan empat bot dikerahkan untuk membantu operasi pencarian, demikian menurut Perkhidmatan Perlindungan Awam Algeria.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI
The post Penumpang mati lemas, bas terjunam dalam sungai appeared first on Kosmo Digital.