Auto Added by WPeMatico
Eda Ezrin dijangka pulang ke Kelantan pagi esok

SUNGAI GOLOK – Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan yang dibebaskan sepenuhnya dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, hari ini dijangka pulang ke Kelantan, pagi esok.
Kesemua mereka bagaimanapun perlu bermalam di Depo Tahanan Imigresen, di sini sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen Pekan Sungai Golok untuk urusan dokumentasi.
Selepas itu, mereka dibenarkan pulang ke Kelantan pagi esok melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang, esok.
Polis Diraja Malaysia kemudian akan memanggil Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, tindakan memanggil kesemua mereka untuk memberi keterangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan. – KOSMO! ONLINE
The post Eda Ezrin dijangka pulang ke Kelantan pagi esok appeared first on Kosmo Digital.