Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik kopitiam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan merasuah seorang Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebanyak RM2,000, akhir tahun lalu.
Tertuduh, Tan Kai Dee, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Kai Dee didakwa telah memberi suapan RM2,000 kepada pembantu penguatkuasa MBIP agar tidak mengambil tindakan terhadap sebuah restoran kopitiam di Jalan Mutiara 1/4, Taman Mutiara Mas, di sini pada pukul 6.20 petang, 4 November lalu.
Pegawai Pendakwa SPRM, Ameera D’aneez Mohd. Shukari meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000 beserta beberapa syarat tambahan bagi menggelak tertuduh melarikan diri.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM Johor Bahru sebulan sekali, selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah..-KOSMO! ONLINE
The post Tauke kopitiam ‘hulur’ RM2,000 didakwa rasuah Penguatkuasa MBIP appeared first on Kosmo Digital.