Auto Added by WPeMatico
Proses gali semula kubur Zara selesai, bedah siasat esok

SIPITANG – Proses Penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol selesai kira-kira pukul 7.31 malam tadi.
Mengambil masa lebih satu jam, jenazah Allahyarham Zara Qairina dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan pukul 9 pagi esok.
Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail ketika ditemui berkata, proses penggalian kubur berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan renyai.
“Semua urusan penggalian kubur berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Walaupun hujan renyai-sehingga kini. namun teruslah doakan Zara. Doakan ibunya,” Katanya.
Terdahulu, proses penggalian kubur Allahyarham Zara Qairin bermula pukul 6.04 petang dilakukan anggota polis forensik dengan disaksikan antaranya oleh
Majistret Zuraini Ali Musa dari Mahkamah Majistret Sipitang dan ibu bapa Zara.
Kira-kira 100 ahli keluarga, rakan serta penduduk kampung antara yang hadir menyaksikan proses penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol petang tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Proses gali semula kubur Zara selesai, bedah siasat esok appeared first on Kosmo Digital.