Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Seorang pengawal keselamatan Thailand berjaya menangkap seorang pencuri bersenjatakan pisau yang cuba merompak sebuah bank di Buriram semalam, lapor portal berita Thaiger.
Anggota-anggota polis bergegas ke Bank Koperasi Pertanian dan Pertanian, cawangan Nonsuwan selepas menerima maklumat tentang cubaan merompak.
Sejurus tiba, mereka mendapati suspek yang berumur berumur 38 sudah ditangkap oleh pengawal keselamatan itu dan kakitangan bank lain.
Pengawal keselamatan itu, Somphop Chansiri, 59, memberitahu stesen televisyen Channel 8 bahawa dia mula curiga apabila suspek memasuki bank dengan memakai topi dan pelitup muka.
Somphop menghampiri dan memintanya menanggalkan topeng itu dan memerhatikan pergerakannya.
Pengawal itu berkata bahawa dia menolak suspek keluar dari bank dan bergelut dengannya selama kira-kira 10 minit sehingga kakitangan bank lain turut membantu.
Mereka kemudian merampas senjata suspek dan menunggu polis tiba.
Suspek mendakwa bahawa dia bertindak kerana memerlukan wang untuk ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang.
Menurut lelaki itu, dia memerlukan 20,000 baht (RM2,599) untuk rawatan dialisis setiap minggu menyebabkannya merancang melakukan rompakan. – AGENSI
The post Lelaki rompak bank, perlu wang biayai rawatan dialisis ibu appeared first on Kosmo Digital.