Auto Added by WPeMatico

![]()
SUBANG – Keputusan penyertaan Malaysia dalam misi keamanan dengan menghantar pasukan pengaman ke Gaza akan diputuskan menjelang akhir tahun ini.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, perbincangan masih dijalankan dan keputusan muktamad bergantung kepada perkembangan semasa.
“Dalam sebulan dua ini, kita akan lihat perkembangan (di rantau berkenaan) dan insyaAllah kita akan maklum menjelang hujung tahun ini.
“Kita akan maklum kata putus sama ada kita pergi di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.
Mengulas kesiapsagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Nizam berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza.
Media sebelum ini, melaporkan Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza susulan perjanjian pelan damai yang ditandatangani di Mesir, 13 Oktober lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, penghantaran pasukan itu akan dibincangkan oleh Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), seterusnya diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB. – KOSMO! ONLINE
The post Hantar pasukan pengaman ke Gaza diputuskan hujung tahun ini appeared first on Kosmo Digital.