Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Tiada sebarang pencerobohan berlaku melibatkan pemaju atau mana-mana kontraktor sehingga boleh menyebabkan letupan paip gas di Putra Heights.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebaiknya kerja-kerja pembangunan atau pengorekan tanah dilakukan di luar titik tapak kejadian tersebut.
Katanya, syarikat pemaju iaitu Hong & Hong Homes yang menjalankan kerja paip kumbahan di kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah memohon dan menerima kebenaran daripada Petronas.
“Namun, Petronas meletakkan syarat antaranya melantik penal yang digariskan oleh mereka. Syarikat itu dinamakan sebagai Red Sinergy Sdn. Bhd. yang melakukan penggalian di kawasan-kawasan Petronas. Hasil daripada cadangan mereka dikelola dan dipantau di bawah tindakan-tindakan Petronas.
“Jadi, tidak ada pencerobohan selepas dibenarkan. Syarikat (subkontrakor) yang dianggap senarai hitam juga tidak memulakan kerja,” katanya pada penggulungan perbahasan isu Putra Heights di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Amirudin bagaimanapun meminta MBSJ menambah baik pemilihan kontraktor sebelum pelantikan dibuat dengan membuat semakan menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
“Saya belum dapat maklumat daripada CIDB apakah kesalahan asasi syarikat yang disenarai hitam itu. Contohnya adakah sebab mengaji pekerja asing tanpa permit atau melakukan kemalangan yang kerap.
“Kebenaran CIDB seawal daripada pusat kelulusan setempat akan memudahkan sebelum (sesebuah syarikat itu diluluskan melakukan kerja).
“Kalau mereka (mana-mana kontraktor) selepas ini tidak memenuhi syarat, kita tak luluskan mereka. Ini antara perkara yang boleh dibaiki segera tanpa menunggu laporan daripada jawatankuasa yang akan ditubuhkan nanti,” katanya. -KOSMO!ONLINE
The post DUN Selangor : Tiada pencerobohan pemaju, kontraktor di Putra Heights appeared first on Kosmo Digital.