Auto Added by WPeMatico
ATM jadi pemudah cara Mesyuarat GBC Thailand-Kemboja

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadi pemudah cara bagi Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dan Kemboja.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, mesyuarat itu dijadual berlangsung selama empat hari bermula dari 4 hingga 7 Ogos ini.
“Mesyuarat itu diadakan susulan perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua negara pada 28 Julai lalu, dengan Malaysia bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan tersebut.
“Malaysia dipilih secara bersama oleh Thailand dan Kemboja sebagai lokasi neutral bertujuan meredakan ketegangan di sempadan,” katanya hari ini.
Jelasnya, antara agenda yang akan dibincangkan termasuklah penetapan Terma Rujukan (ToR) bagi pelantikan Atase Pertahanan sebagai pasukan interim serta cadangan penempatan Kumpulan Pemantau ASEAN di kawasan terlibat.
Kosmo! sebelum ini melaporkan mesyuarat GBC bagi menyelesaikan konflik antara Kemboja dan Thailand akan berlangsung di Kuala Lumpur, Selasa ini.
Perkara itu disahkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet, semalam. – KOSMO! ONLINE
The post ATM jadi pemudah cara Mesyuarat GBC Thailand-Kemboja appeared first on Kosmo Digital.