Auto Added by WPeMatico

IPOH – Polis akan merekod keterangan pemilik bas persiaran yang terlibat dalam nahas tragis meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada esok.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pasukannya telah pergi ke Kedah semalam untuk tujuan pengesahan berikutan kenderaan itu didaftarkan di sana.
“Pemilik bas dijangka datang ke IPD Gerik esok untuk memberi keterangan. Difahamkan, dia perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kerana bas itu didaftarkan sebagai bas persiaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, Noor Hisam memaklumkan polis telah merekod keterangan 18 individu termasuk 13 pelajar UPSI, pemilik kamera papan pemuka (dashcam) dan pemandu kereta Perodua Alza bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas UPSI: Pemilik bas beri keterangan esok di IPD Gerik appeared first on Kosmo Digital.