Auto Added by WPeMatico

KANGAR – Seorang pemilik kedai pencetakan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret kerana menggunakan mesin cetak tanpa lesen di premis perniagaannya pada tahun lalu.
Tertuduh Muhammad Suhail Sazali, 34, mengaku salah dalam prosiding di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 15 Oktober 2024, lebih kurang jam 11.45 pagi, di premis Suhail Enterprise beralamat di Jalan Stadium Utama, Kangar, Perlis didapati menggunakan mesin cetak tanpa lesen yang sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen yang sama.
Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) memperuntukkan bahawa, apabila disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan tersebut dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Perlis, Esmahalil Ismail.
Tertuduh, Muhammad Suhail Sazali, 34, tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana perniagaan tidak stabil, memiliki enam pekerja serta ibunya tidak sihat selain tidak tahu keperluan mesin cetak perlu dilesenkan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda sebanyak RM2,500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar namun tertuduh membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Pemilik kedai cetak didenda RM2,500 guna mesin tanpa lesen appeared first on Kosmo Digital.