Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan menafikan menggunakan politik wang bagi meraih sokongan pada pemilihan tertinggi parti itu.
Ramanan berkata, ia merupakan video lama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dengan wang itu adalah kepada pekerjanya sendiri di luar Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh yang merupakan tempat beliau bertanding pada PRN itu.
Katanya, ia sengaja ditimbulkan semasa kempen pemilihan pimpinan tertinggi PKR yang sedang berlangsung ketika ini.
“Kalau nampak pintu itu besar-besar ada logo Harapan. Jadi, apa yang salah. Kalau kita sambung buat politik kotor macam ini adalah sangat tidak baik.
“Ini ibarat fitnah dan kalau di dalam Islam apa dikatakan fitnah itu lebih besar daripada membunuh,” katanya ketika temui pemberita selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi penularan video rakaman televisyen litar tertutup di aplikasi TikTok yang menunjukkan Ramanan memberikan wang kepada salah seorang lelaki.
Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR, bagaimanapun berharap individu yang menularkan video tersebut agar insaf dan tidak mengulanginya.
“Jadi saya harap mereka belajar sedikit. Lagipun ini bukan beberapa bulan tetapi bertahun-tahunnya isu.
“(Siapa yang buat penularan video itu) mereka tahu mereka siapa. Sekarang ini, kita dalam pemilihan parti dan banyak benda-benda sebegini akan diputar belit,” katanya.
Ketika ditanya tindakan calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang ‘mempopularkan’ beliau sepanjang kempen pemilihan itu, Ramanan secara berseloroh menyatakan Rafizi seperti obses kepada beliau.
“Saya pun tidak faham kenapa dia terpaku sangat dengan saya. Macam saya adalah seorang kekasih yang telah lari.
“Saya tidak faham. Saya bertanding Naib Presiden bukan Timbalan Presiden,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Itu fitnah, politik kotor – Ramanan appeared first on Kosmo Digital.