Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Enam lelaki warga India yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki pemastautin tetap warga India di Pusat Bandar Puchong dekat sini telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, kesemua individu yang merupakan rakan serumah kepada suspek utama pembunuhan dibebaskan selepas rakaman keterangan selesai dijalankan.
”Setakat ini, keterangan yang diperoleh susulan tangkapan dijalankan tidak membantu siasatan memastikan sama ada suspek yang terlibat.
“Justeru, enam individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis sehingga lain-lain keterangan diperolehi,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Beliau menambah, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dengan sebarang perkembangan akan dimaklumkan nanti.
“Siasatan masih aktif. Insya-Allah, kami percaya dalam waktu terdekat akan dapat maklumat penglibatan suspek utama (seterusnya membawa penangkapannya),” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga India ditemui tidak sedarkan diri di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong.
Mangsa berusia 49 tahun itu difahamkan bekerja sebagai juruelektrik dan telah menetap 19 tahun di negara ini. – KOSMO! ONLINE
The post Kes bunuh Puchong: 6 rakan serumah dibebaskan, suspek utama masih diburu appeared first on Kosmo Digital.