Auto Added by WPeMatico

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan 69 saat untuk meledak gol pembukaan pada perlawanan Sumbangsih menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.
Gol pasukan tuan rumah itu dijaringkan oleh pemain import baharu, Jairo Da Silva yang membuka rekod jaringan bersama skuad Harimau Selatan.
Pada perlawanan itu, ketua jurulatih, Xisco Munoz turut memberi aksi debut buat pemain warisan iaitu Hector Hevel, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Nacho Mendez serta pemain import, Jonathan Silva.
Bagi skuad Gergasi Merah pula, tiga pemain import diberi kepercayaan oleh pengendali, Katsuhito Kinoshi iaitu Kevin Deeromram, Zack Clough dan Chrigor Moraes.
Pasukan Selangor yang beraksi di hadapan lebih 30,000 penyokong JDT tampak sedikit tertekan setelah ketinggalan 0-1.- KOSMO! ONLINE
The post Piala Sumbangsih: Jairo ledak gol pembukaan, JDT mendahului Selangor 1-0 appeared first on Kosmo Digital.