Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Polis menahan 11 pelancong wanita warga Afrika yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.
Operasi bermula pukul 2 pagi itu dijalankan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.
JSJ KL berkata, serbuan terbabit dilaksanakan susulan risikan selama dua minggu.
“Hasil serbuan berjaya menahan 11 wanita bersama kondom yang disyaki digunakan bagi aktiviti tidak bermoral tersebut.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Ghana, Uganda dan Nigeria disyaki menjalankan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran RM200,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menambah, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan masuk ke Malaysia menggunakan pas pelancong dan menjadikan kegiatan pelacuran sebagai punca pendapatan.
JSJ KL berkata, hasil risikan juga mendedahkan kegiatan ini tidak dilindungi oleh mana-mana sindiket dan bergerak secara solo.
“Suspek dipercayai mensasarkan pelanggan yang datang berhibur di sekitar kawasan berkenaan dan aktif menawarkan perkhidmatan sejak sebulan lalu.
“Tawaran seks dilakukan di kaki lima kawasan Bukit Bintang dan hotel bajet sekitar kawasan ini akan menjadi pilihan atau dibawa ke tempat persendirian pelanggan,” jelasnya.
Katanya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an direman di IPD Dang Wangi dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen. – KOSMO! ONLINE
The post 11 pelacur Afrika ditahan di Bukit Bintang appeared first on Kosmo Digital.