Auto Added by WPeMatico

ATHENS – Polis Greece melepaskan gas pemedih mata dan membuat tangkapan apabila kira-kira 300 orang cuba menghalang sebuah kapal persiaran Israel, Crown Iris daripada berlabuh di Pulau Crete semalam.
Ia merupakan insiden terbaharu dalam siri protes yang menyasarkan kapal tersebut.
Berdasarkan imej yang disiarkan oleh badan penyiaran awam radio dan televisyen, ERT, sekumpulan penunjuk perasaan mengibarkan sepanduk bertulis ‘Hentikan Genosid’ ketika kapal itu menghampiri Pelabuhan Agios Nikolaos.
Imej tersebut turut memaparkan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan bagi membolehkan penumpang kapal menaiki bas di pulau itu.
Menurut polis tempatan, tiga individu ditahan sebelum mereka dibebaskan.
Kumpulan penunjuk perasaan menyasarkan kapal tersebut yang membawa kira-kira 600 penumpang, dengan kebanyakannya warga Israel ke pulau-pulau Greece yang lain.
Kelmarin, sekumpulan penunjuk perasaan bertelagah dengan polis yang melakukan lapan tangkapan ketika kapal itu berlabuh di Pulau Rhodes, lapor media.
Seramai 200 orang turut melakukan bantahan di Pulau Syros sewaktu kapal tersebut menghampiri sebuah pelabuhan, minggu lalu.
Menteri Perlindungan Rakyat Greece, Mihalis Chryssohoidis kemudian menyatakan bahawa sesiapa yang menghalang warganegara lain daripada melawat negaranya akan didakwa di bawah undang-undang anti perkauman. – AFP
The post Penduduk halang kapal bawa pelancong Israel berlabuh appeared first on Kosmo Digital.