Auto Added by WPeMatico

LONDON – Chelsea dilaporkan sedang merancang untuk ‘merosakkan’ rancangan Newcastle United yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan khidmat pemain Brighton.
Laporan menyebut bahawa Newcastle bakal memulakan rundingan untuk mendapatkan khidmat Joao Pedro yang dinilai pada harga £60 juta (RM342.98 juta) untuk bersetuju melepaskan pemain itu.
Wakil Pedro sebelum ini mengakui bahawa pemain itu bersedia untuk meninggalkan Stadium Amex dan mencari kelab baharu yang beraksi di Liga Juara-Juara untuk mendapatkan pengalaman baharu.
Perkembangan itu menyebabkan Chelsea bersiap-sedia untuk menyaingi Newcastle bagi membawa Pedro ke Stamford Bridge yang dianggap sebagai pemain di bahagian serangan yang versatil.
Brighton ketika ini sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Greece, Charalampos Kostoulas ketika Pedro juga sudah dianggap sebagai pemain bermasalah apabila mencetuskan pergaduhan dengan rakan sepasukan, Jan Paul van Hecke sebelum ini.
Biarpun sudah berjaya mendapatkan khidmat Liam Delap, pengendali Chelsea, Enzo Maresca dilaporkan masih mahu menambah kekuatan jentera serangan The Blues dengan Pedro dianggap sebagai salah satu pilihan terbaik. – AGENSI
The post EPL: Chelsea mahu ‘sailang’ Newcastle appeared first on Kosmo Digital.