Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan saki-baki dua geng penjenayah pecah rumah yang ditembak mati di Jalan Semerah Padi, Cheras, di sini, Jumaat lalu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan menunjukkan terdapat kira-kira 34 kes melibatkan kumpulan itu.
“Banyak kes pecah rumah dan samun. Kita akan cari konco-konco geng terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sebelum ini, dua lelaki warga asing dipercayai dalang geng samun bersenjata api dan pecah rumah ditembak mati dalam Ops Aman 6 di Jalan Semerah Padi, Cheras.
Dalam kejadian pukul 3.45 pagi itu, kedua-dua warga asing itu berjaya dipintas polis sebelum berlaku halangan serta aksi tembak-menembak menyebabkan mereka maut di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE
The post Polis buru konco geng pecah rumah maut ditembak appeared first on Kosmo Digital.