Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Seorang lelaki di Bojonegoro, wilayah Jawa Timur memecahkan cermin kereta isterinya gara-gara masalah rumah tangga yang dihadapi, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku Khamis lalu pada lokasi hanya 50 meter dari Balai Kampung Turigede.
Ketua Polis Kepohbaru, Inspektor Supriyanto berkata, ketika kejadian, si isteri baru pulang dari mengurut pelanggan di sebuah kampung.
Dia yang memandu kereta Honda Brio berwarna biru, diekori oleh suaminya yang menunggang motosikal.
“Si suami menghalang kereta dipandu isterinya. Dia kemudian turun daripada motosikal dan menempik ke arah isterinya,” kata Supriyanto.
Tambah Supriyanto, disebabkan kata-katanya tidak diendahkan si isteri, lelaki tersebut mengambil batu paving dan mengetuk kereta mangsa.
Ia menyebabkan cermin hadapan dan belakang pecah.
“Kami percaya tindakan itu berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan tersebut,” kata Supriyanto.
Polis menerima laporan daripada si isteri dan sedang menyiasat kes itu. – AGENSI
The post Konflik rumah tangga punca suami pecah cermin kereta isteri appeared first on Kosmo Digital.