Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Pulau Madura terkejut apabila menemui bangkai seekor ikan gergasi dipercayai paus, terapung di bawah sebuah lebuh raya, lapor portal berita Detik.
Penemuan aneh itu berlaku di Selat Madura, bawah Jambatan Suramadu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @darur_wr menunjukkan makhluk misteri itu terapung di tengah laut dalam keadaan tidak bernyawa.
Orang ramai percaya ia adalah bangkai paus kerana saiznya yang besar.
Ketua Badan Perikanan dan Kelautan Jawa Timur, Isa Anshori menjelaskan bahawa bangkai itu ditemui terdampar di tengah Selat Madura sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin.
“Bangkai itu sudah beralih. Kami telah mengerahkan sebuah pasukan untuk melakukan pencarian untuk mengetahui keadaannya.
“Paus yang memasuki Selat Madura berisiko terperangkap kerana perairannya yang cetek dan sempit,” kata Isa. – AGENSI
The post Paus terapung bawah jambatan appeared first on Kosmo Digital.