Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 September depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perhimpunan itu akan bermula dengan sesi Taklimat Presiden pada 9 September depan, diikuti Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.
Perhimpunan agung bagi ketiga-tiga pergerakan itu akan berlangsung selama sehari pada 10 September depan.
Ia diikuti PAU 2026 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 September depan.
“Perhimpunan ini juga diharap menjadi platform untuk memperkukuhkan UMNO sebagai Rumah Bangsa, tempat berteduhnya perjuangan orang Melayu dan Bumiputera, serta wadah yang terus istiqamah mempertahankan agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi hantara di Facebook hari ini – UTUSAN
The post Perhimpunan Agung UMNO 2026 pada 9 hingga 12 September appeared first on Utusan Malaysia.
