Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Dua pegawai polis Thailand ditahan kerana didakwa terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah dengan pihak berkuasa membeku aset bernilai 35.2 juta baht (RM4.6 juta), lapor portal berita Thaiger hari ini.
Penahanan mereka susulan operasi khas membanteras aktiviti pengubahan wang haram berkaitan penyeludupan dadah.
Dalam operasi semalam, polis menahan Timbalan Pemeriksa Penyiasatan Polis Wilayah Pathum Thani, Leftenan Kolonel (polis) Weerakan dan Ketua Pasukan unit yang sama, Sarjan Mejar Yuranan.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram kerana memindahkan atau menerima aset untuk menyembunyikan sumber perolehannya atau untuk membantu orang lain bagi mengelak tindakan undang-undang.
Pasukan penyiasat turut menyita aset hasil aktiviti haram itu dengan jumlah keseluruhan 35.2 juta baht.
Operasi itu dilakukan selepas dua individu disyaki pengedar dadah ditangkap polis kawalan sempadan pada 19 Januari lalu.
Mereka menahan dua individu dikenali sebagai Gatakorn dan Patra bersama 3 juta pil methamphetamine yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan Isuzu MU-X putih di daerah Mueang, wilayah Nakhon Pathom. – AGENSI
The post Polis tangkap polis, disyaki tali barut rangkaian dadah appeared first on Kosmo Digital.