Auto Added by WPeMatico

PARIT – Seramai 200 pelajar institusi pengajian tinggi menerima bantuan RM200 sebulan menerusi Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu pelajar mendapatkan makanan mencukupi dan berkhasiat agar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.
“Kita buat program ini kerana saya tidak mahu mendengar ada pelajar yang berhenti belajar akibat tidak cukup makan.
“RM200 mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak, namun bagi mahasiswa yang berjimat hingga ke hujung minggu terakhir, jumlah itu amat besar ertinya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar di sini hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan program itu akan diperluas ke UiTM Cawangan Tapah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memberi manfaat kepada lebih ramai mahasiswa. – KOSMO! ONLINE
The post Program Mahasiswa Perak Sejahtera bela kebajikan pelajar appeared first on Kosmo Digital.