Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Aliran trafik di laluan Merapoh, Pahang ke Gua Musang dilaporkan masih sesak sejak semalam akibat penambahan kenderaan perantau pulang berhari raya.
Tinjauan Kosmo! di lebuh raya Merapoh sebentar tadi mendapati, kenderaan dari Lembah Klang masih lagi memenuhi laluan tersebut.
Menurut perkongsian di beberapa platform media sosial, ada pengguna yang telah melalui jalan tersebut memberi tip untuk melalui jalan lama Merapoh.
“Ikut laluan Kampung Kubang Rotan, jalan lama Merapoh. Kalau ikut laluan biasa memang jem teruk.
“Saya dah lalu semalam, laluan kampung tu lancar dan terus ke jalan Gua Musang,” jelas Hizami.
Seorang lagi pengguna media sosial menjelaskan laluan dua lorong kemudian melalui jalan kecil merupakan punca kesesakan tersebut.
“Dekat situ sebab jalan dua lorong bertukar ke laluan lama satu lorong, nak lepas tu memang berjam lah tempohnya.
“Bersabarlah, selagi jalan baharu tak siap lagi, punca jem tak habis-habis setiap tahun,” luah Nik Anuar Baharudin.- KOSMO! ONLINE
The post Merapoh ke Gua Musang 3 jam tak bergerak appeared first on Kosmo Digital.
