Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya sekali lagi menjadi tumpuan selepas ramai pengguna media sosial melaporkan berlaku gangguan perkhidmatan pagi tadi.
Menerusi perkongsian di media sosial, antara stesen yang terjejas termasuk Abdullah Hukum dan Pasar Seni apabila orang ramai terpaksa beratur panjang hingga ke luar pagar stesen.
Menurut pengguna Threads, @limie96, keadaan sesak itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penumpang kerana tren masih beroperasi seperti biasa namun pergerakannya dilihat perlahan.
“Tak tahu apa jadi, tapi orang ramai dah penuh sampai luar,” katanya di ruangan komen.
Sementara itu, beberapa penumpang lain turut berkongsikan pengalaman mereka yang juga turut mengalami situasi sama di stesen lain.
“Pasar seni, panjang gila beratur sampai ke eskalator,” komen Nadia.
“ Hampir setiap minggu ada masalah begini ya,” kata Hasya.
“Tak berani nak naik LRT buat masa ni. Habis macam tu jek MyPass aku,” komen azmil. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Pasar Seni panjang gila beratur sampai ke eskalator’ appeared first on Kosmo Digital.